EPISOD 2 ?
Puteri Sejinjang - hebat dlm menghasilkan beras. Beras yg dihasilkan sgt sedap menurut org kampung. Beliau gemar menumbuk beras pada waktu SIANG kerana cuacanya yg lebih cerah dan terang. Kecantikkannya adalah setanding saudaranya Puteri Santubong.
Kedua puteri ini hidup aman damai dan sibuk dengan aktiviti sendiri menenun kain dan menghasilkan beras. Sehinggalah pada suatu hari Putera Mahkota Jaya Serapi menjumpai mereka berdua. (Gunung Serapi di Kuching pada masa kini dianggap mewakili Putera Mahkota pada masa itu). Putera Serapi sangatlah kacak sehingga kedua2 puteri akhirnya jatoh hati dan putera berhasrat menikahi kedua2 puteri... Dasar jantan buaya... Hihihi
Konflik bermula apabila kedua2 puteri mencintai putera yang sama(takda jantan lain ker) dan mulalah bibit rasa cemburu dan dengki dlm hati! Tak cukup dengan itu, masyarakat di sekitar pada masa itu juga seringkali memuji kecantikan kedua2 puteri sehingga kedua2 puteri bersaing utk mendapat gelaran yg tercantik. Masa tu belum ada rancangan Miss Universe. ?
Maka dengan konflik yg sebegitu, sebagai perempuan yg mudah terusik hatinya pastilah perasaan benci semakin beranak dlm diri. Maka bermulalah adegan pergaduhan yg membawa kepada peristiwa berdarah dan kematian yg tragis...
Bersambung...